Ahlan wasahlan ke laman blog BOSS SMK Agama Pagoh 😃 Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru.
Bilik
SPBT telah diwujudkan sejak bermulanya Skim Pinjaman Buku Teks dan hanya
merupakan tempat menyimpan buku teks. Bilik Operasi SPBT Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Pagoh, Muar mula beroperasi pada tahun 2018 dan
kesinambungan pada tahun 2021 dengan kemudahan asas yang terhad. Walaubagaimanapun,
sistem pengurusan dan pendokumentasian telah dikemaskini dan diberi
penambahbaikan mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh Bahagian Buku Teks
Kementerian Pendidikan Malaysia.
OBJEKTIF
1.
Meningkatkan peranan Unit SPBT sebagai sebuah
unit yang membantu kecemerlangan pelajar melalui aspek keutamaan buku teks
sebagai sumber ilmu utama dengan menyediakan pelbagai kemudahan tempat membaca
seperti Taman SPBT ,Laluan SPBT dan Anjung
SPBT
2. Menyediakan sebuah tempat simpanan buku teks
SPBT yang terurus, berinisiatif, kreatif, berfungsi, kondusif dan selamat.
3. Memperkasakan unit SPBT dalam pengurusan sistem
fail dan buku stok dengan kualiti yang lebih cemerlang dan sistematik.
4. Memupuk budaya kerja berpasukan dalam usaha
untuk melonjakkan kecemerlangan pengurusan SPBT di sekolah.
MATLAMAT
1. Menjadi sebuah unit yang cekap, kreatif dan
berinovasi dalam pengurusan SPBT serta mesra pelajar.
2. Kemudahan yang disediakan menjadi tarikan
pelajar untuk terus membaca dan menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan
utama dalam pelajaran.
3. Menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah
yang lain dalam mencapai kecemerlangan yang sama.
No comments:
Post a Comment