BLOG SPBT SMKA PAGOH

Sunday, January 17, 2021

Sunday, January 10, 2021

Friday, January 1, 2021

Selamat Datang ke blog Bilik Operasi SPBT Sekolah ( BOSS ) SMK Agama Pagoh

 Ahlan wasahlan ke laman blog BOSS SMK Agama Pagoh 😃 Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru.



Bilik SPBT telah diwujudkan sejak bermulanya Skim Pinjaman Buku Teks dan hanya merupakan tempat menyimpan buku teks. Bilik Operasi SPBT Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pagoh, Muar mula beroperasi  pada tahun 2018 dan kesinambungan pada tahun 2021 dengan kemudahan asas yang terhad. Walaubagaimanapun, sistem pengurusan dan pendokumentasian telah dikemaskini dan diberi penambahbaikan mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

OBJEKTIF

1. 

    Meningkatkan peranan Unit SPBT sebagai sebuah unit yang membantu kecemerlangan pelajar melalui aspek keutamaan buku teks sebagai sumber ilmu utama dengan menyediakan pelbagai kemudahan tempat membaca seperti Taman SPBT ,Laluan SPBT dan  Anjung SPBT

 2. Menyediakan sebuah tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus, berinisiatif, kreatif, berfungsi, kondusif dan selamat.

3.  Memperkasakan unit SPBT dalam pengurusan sistem fail dan buku stok dengan kualiti yang lebih cemerlang dan sistematik.

4.  Memupuk budaya kerja berpasukan dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pengurusan SPBT di sekolah.

 

MATLAMAT

1.      Menjadi sebuah unit yang cekap, kreatif dan berinovasi dalam pengurusan SPBT serta mesra pelajar.

2.     Kemudahan yang disediakan menjadi tarikan pelajar untuk terus membaca dan menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama dalam pelajaran.

3.    Menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah yang lain dalam mencapai kecemerlangan yang sama.


PAPAN KENYATAAN BOSS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAGOH

 PAPAN KENYATAAN BOSS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAGOH